Pages

Thursday, February 16, 2012

Jangkitan Kencing Tikus

Negara kita telah dikejutkan oleh kematian dua selebriti terkenal iaitu Izwan Pilus dan Din Beramboi akibat daripada jangkitan kencing tikus. Jangkitan kencing tikus ataupunLeptospirosis adalah satu penyakit yang berpunca daripada air kencing tikus. Pesakit akan mengalami sakit yang tenat dan teruk. Jangkitan ini berlaku disebabkan oleh bakteria Spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira. Biarpun tikus merupakan punca daripada jangkitan ini, namun binatang mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, landak,lembu, biri-biri, dan mamalia laut tertentu juga boleh menjadi punca penyakit.

Kes jangkitan ini biasanya akan meningkat ketika musim hujan atau banjir. Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. faktor risiko selalu berlaku kepada mereka yang bekerja terdedah kepada persekitaran. Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang telah dicemari bakterium leptospira atau berkayak. terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Ciri-ciri/Symptom

1. Bermula dengan selsema .

2. Demam tinggi, demam kuning

3. Sakit kepala yang teruk, lesu.

4. Terasa sejuk, sakit otot, sendi, tulang, sakit tekak

5. Muntah-muntah, hilang selera makan.

6. Mata merah.

7. Sakit perut, cirit birit.

8. Keradangan selaput mata

9. Kurang kencing, kencing berwarna gelap atau perang luar biasa.

Kesan/komplikasi

1. Meningitis (iaitu jangkitan kuman pada otak).

2. Pendarahan yang teruk.

3. Masalah pernafasan.

4. Kegagalan fungsi hati.

5. Kegagalan buah pinggang.


Pencegahan/rawatan - Doxycycline,peniciclin,ampicilin

P/s – jangan beli makanan di tempat yang kotor dan terdedah kepada binatang2 terutama tikus, anjing, kuncing. Tinjau dulu kawasan kedai/restoran sebelum order mkn/mnum. Then kalau boleh selepas ni kalau kita beli minuman tin, straw, or apa2 ja la, lebih baik basuh sebelum makan/minum. Sbb kita xtau benda tu telah dikencing/digigit oleh tikus atau tidak. Dan yang paling penting pastikan kita menjaga kebersihan di rumah. Jgn biarkn rumah berada dalam keadaan kotor yang memungkinkan tikus berumah di kediaman kita. Okay?? ^___^

No comments:

Post a Comment