Pages

Monday, April 15, 2013

Kebimbangan (Remaja)

Apakah itu kebimbangan?
Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.

Apakah penyebab kebimbangan?
Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.
Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.
Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:
  • Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa
  • Peribadi diri yang:
    • Pemalu
    • Selalu mengasingkan diri
    • Mudah risau
  • Pernah mengalami trauma
Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?
Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:
  • Mudah terperanjat
  • Tidak dapat bertenang
  • Susah untuk memberi tumpuan
  • Sentiasa mempunyai perasaan resah gelisah
  • Susah untuk dapat tidur yang nyenyak
  • Mudah letih dan kurang tenaga
  • Sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan
Bagaimana cara mengatasi kebimbangan?
Ada berbagai cara boleh dibuat, ini termasuk:
  • Berkongsi hal-hal yang menakutkan kepada orang yang boleh dipercayai
  • Membaca rencana yang ada kaitan dengan masalah yang dihadapi
  • Amalan gaya hidup sihat
  • Belajar tentang kemahiran cara mengatasi masalah
  • Belajar untuk bertenang
  • Melibatkan diri dalam kegiatan agama
Apa akan berlaku jika kebimbangan tidak diatasi?
Kebimbangan boleh mengakibatkan:
  • Masalah fizikal:
    • Pedih perut (Gastrik)
    • Turun berat badan
    • Tekanan darah tinggi
  • Masalah psikologi:
    • Rasa rendah diri
    • Gangguan tidur
    • Hilang selera makan
  • Masalah sosial:
    • Ponteng sekolah
    • Tidak pandai berkawan
    • Pengambilan dadah atau alkohol
Di mana anda harus mendapatkan bantuan?
Bantuan boleh didapati daripada:
  • Ibu bapa
  • Keluarga sendiri yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru Agama
ATAU
Dapatkan bantuan profesional seperti:
  • Pakar psikologi
  • Pakar Psikiatri
 Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia