Apakah itu kebimbangan?
Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia
merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan
ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan
yang tidak diingini.
Apakah penyebab kebimbangan?
Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.
Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:
- Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa
-
Peribadi diri yang:
- Pemalu
- Selalu mengasingkan diri
- Mudah risau
- Pernah mengalami trauma
Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?
Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:- Mudah terperanjat
- Tidak dapat bertenang
- Susah untuk memberi tumpuan
- Sentiasa mempunyai perasaan resah gelisah
- Susah untuk dapat tidur yang nyenyak
- Mudah letih dan kurang tenaga
- Sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan
Bagaimana cara mengatasi kebimbangan?
Ada berbagai cara boleh dibuat, ini termasuk:- Berkongsi hal-hal yang menakutkan kepada orang yang boleh dipercayai
- Membaca rencana yang ada kaitan dengan masalah yang dihadapi
- Amalan gaya hidup sihat
- Belajar tentang kemahiran cara mengatasi masalah
- Belajar untuk bertenang
- Melibatkan diri dalam kegiatan agama
Apa akan berlaku jika kebimbangan tidak diatasi?
Kebimbangan boleh mengakibatkan:-
Masalah fizikal:
- Pedih perut (Gastrik)
- Turun berat badan
- Tekanan darah tinggi
-
Masalah psikologi:
- Rasa rendah diri
- Gangguan tidur
- Hilang selera makan
-
Masalah sosial:
- Ponteng sekolah
- Tidak pandai berkawan
- Pengambilan dadah atau alkohol
Di mana anda harus mendapatkan bantuan?
Bantuan boleh didapati daripada:- Ibu bapa
- Keluarga sendiri yang boleh dipercayai
- Kaunselor sekolah
- Guru Agama
ATAU
Dapatkan bantuan profesional seperti:- Pakar psikologi
- Pakar Psikiatri
No comments:
Post a Comment